Kelas Asas Keusahawanan Digital Dan Teknik Mempromosikan Produk
27 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Oktober 2019, seramai 3 orang peserta menghadiri kelas Asas Keusahawanan Digital yang diadakan di Pusat Internet Tanjung Manis. Kelas bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada 5.00 petang. Pada hari ini, peserta diberi sedikit taklimat tentang keusahawanan digital. Peserta perlulah mempunyai akaun facebook untuk membuat pages iaitu nama produk atau perniagaan yang diusahakan.
Peserta diberi penjelasan tentang facebook iaitu menjenamakan produk, memuat turun gambar, melengkapkan profil diri dan penjelasan tentang produk masing-masing. Selepas itu mereka diajar cara teknik menggambar produk supaya kelihatan menarik. Supaya pelanggan tertarik dengan produk yang dihasilkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: